Motor ini aku baiki dengan angaran kos lebih kurang 2k sahaja, enjin telah aku kacukkan dengan barang2 Ex5 seperti rod,piston,block,head,coil & caburator wave 125,baru la performence moto ini sedap sikit..untuk cat pula aku memilih warna brown dengan kos lebih kurang RM200.00 sahaja.warering semua aku tukar baru jugak gunakan Ex5 punya warering dengan kos hampir RM200.00 juga...
Motor ini ambil masa hampir 3 minggu jugak aku nak siapkan sebab siang keje lain,weekend sahaja aku buat kerja repair motor ini.hasilnya Alhamdulillah sangat memuaskan hati aku.
Apa yang nak aku kongsi kat sini adalah motosikal honda C70 ini sangat tahan lasak berbanding motosikal2 kapcai yang ada sekarang ini.Semuanya aku rasa cepat jahanam lagi2 kalau si penunggang rider motor macam kerbau.Honda C70 ini jugak sebenarnya ada sentimental value..Pernah aku pergi hidupkan roadtax motor ini kat pejabat pos , akak yang layan aku 2 boleh gelak plak , eh moto dah 35 tahun nk hidup roadtax lagi?dalam hati aku rasa nak sekeh jer akak ini, sabo jer la.Apa pun honda C70 memang terbaik lah..Aku tetap suka motor C70.
Satu usaha dan pengalaman yg menarik untuk dikongsi bersama peminat n syg nistalgia C70
ReplyDelete